ini adalah sekadar luahan aku yang tengah meniti usia menjadi dewasa. aku kira sudah jauh diri ku ini berjalan dan berlari dengan pengalaman, cabaran dan dugaan hidup yang mematangkan diri. begitu pantas masa berlalu tanpa aku sedari usia ku makin bercambah. jadi ini bermakna perjalanan aku sebagai seorang musafir di dunia fana ini semakin pendek dan saat pertemuan dengan Pencipta yang Maha Agung pula semakin menghampir. bak kata pepatah
" rumah kata pergi, kubur kata mari "
pertambahan usia ku ini sewajarnya untuk aku bermuhasabah diri. memerhati kembali usia-usia yang telah aku lewati sebelum ini. mengkoreksi diri ke mana usia –usia tersebut telah aku gunakan selama ini. seharusnya bagi aku pertambahan usia ini menjadi medan muhasabah buat aku untuk menilai tahap kualiti terhadap amalan yang telah dilakukan pada usia-usia yang telah berlalu. apakah ianya diterima disisi Allah mahupun tidak..
aku sendiri cuba menghisab diri, melihat kembali ke mana usia-usia yang telah berlalu telah aku lalui. lebih banyak diluangkan untuk perkara-perkara yang berfaedah atau lebih banyak terbuang kepada perkara-perkara yang sebaliknya. aku sendirian bertafakur, memikirkan apakah dengan amal yang dilakukan pada usia-usia yang lalu sudah cukupkah menjadi bekalan untuk aku pulang kepangkuan Ilahi.
bagi aku bila memikirkan tentang peningkatan usia ini aku sebagai seorang manusia tidak dapat lari dari cita dan impian. jujur aku katakan bagi aku isu perkahwinan kadang kala menjadi topik perbualan. ada yang berhajat segera dan ada yang menetapkan usia. aku adalah katogeri wanita yang menetapkan usia untuk berkahwin. bagi aku perkahwinan akan menjadikan seorang wanita lebih kenal dengan erti tanggungjawab yakni menjadi isteri kepada seorang suami dan menjadi ibu kepada anak-anak. calon dihati sudah aku temui dan dengan izin-Nya pasti akan ku jadikan kau imam dan teman hidupku. perancanganku kini mudah sekali, menyudahkan pelajaranku dan menyiapkan diri dengan mendalami ilmu agama untuk bekalan diri..jika Kau rasa inilah masa yang sesuai untuk ku mendirikan masjid maka Kau percepatkanlah , Kau permudahkanlah.
kerana aku takut tidak menikmati saat itu, apabila tiba saat yang dijanjikan, maka barang yang dipinjam perlulah dipulangkan kepada Tuannya kembali. aku lah peminjam itu. ahli keluarga, nikmat-nikmat yang Kau berikan kepada diri ku serta roh dalam diri ku ini hanyalah sekadar pinjaman Mu kepada ku selama ini . kerana itu, akan ku pergunakanlah ia sebaiknya. setiap pinjaman tersebut adalah amanah dari Mu kepada ku dan aku akan dipersoalkan setiap darinya diakhirat kelak.
p/s : ini coretan khas untuk ku dan untuk mu KESETIAAN, aku selalu berangan untuk menjadi masterchef untukmu dan kau menjadi imam untuk ku..sama-samalah kita bermuhasabah diri dan membaiki diri untuk mencari jalan yang diredhai..(^^,)
2 comments:
insyaALLAH..sya akan membaiki dan mensiapkan diri sya untuk menjadi imam dan membimbing anda.andalah bakal isteri sya dunia n akhirat.insyaALLAH.AMIN
AFIQ
akhirnya bisa juga komen entry kamu,wkwkwk saya klik klik tombol komentar nya,agak susah sedikit,gataunya harus kebawah lagi hehhe :D yes aku mau memperbaiki kelakuanku yang buruk nih,mohon doa nya hehhe~ :) nice entry :)
Post a Comment